Impian Palestin merupakan satu penulisan matang seorang gadis kecil berumur 15 tahun dari Itali.Randa Ghazy berjaya memaparkan pergolakan hidup rakyat Palestin kepada dunia dengan hasil penulisannya. Ia mendapat sambutan ramai sehingga diulang cetak sebanyak tiga kali, dan mendapat ratusan komen dari para ahli. Novel ini diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa di banyak negara sehingga menjadi satu novel fenomenal di kalangan masyarakat antarabangsa, meskipun Lobby Yahudi cuba menyekatnya kerana mereka tidak ingin dunia membaca, melihat atau mendengar kisah rakyat Palestin selain menurut perspektif mereka (Yahudi) sendiri.
Dari segi cerita, sememangnya kisah Impian Palestin ini lain daripada biasa. Ia menyentuh tentang jihad, pengorbanan, persahabatan, kesempitan hidup di dalam peperangan dan sebagainya. Tidak hairanlah novel ini mendapat sambutan hangat di peringkat antarabangsa. Membaca novel ini tidak langsung memberikan gambaran bahawa penulisnya hanyalah seorang gadis belasan tahun. Kisah yang digarapnya sungguh matang dan mampu meruntun jiwa. Walau bagaimanapun, setelah diterjemah, bahasa yang digunakan kurang “mengalir” dengan lancar, yang kadang-kala mudah mengganggu proses penghayatan kisah ini.
Tips Pembacaan:
Pembacaan kisah-kisah Palestin perlu diawali dengan kesedaran bahawa, tanah air umat Islam adalah di mana wujudnya umat Islam. Pergolakan tanah air palestin merupakan cabaran dan tuntutan keadilan yang seharusnya diselami oleh semua umat Islam, termasuk kita semua. Perasaan kebersamaan dengan perkongsian dan ikatan ‘aqidah seharusnya melonjakkan semangat kita dalam memperhalusi perasaan saudara-mara kita di Palestin.
Bukan sekadar laungan kemerdekaan material yang diidamkan oleh masyarakat Palestin, tetapi kemerdekaan hakiki yang digeruni para Yahudi, Zionis dan Israel Laknatullah merupakan percaturan hidup dan mati dalam menuntut kedamaian. Bukankan laungan kemerdekaan ini juga yang kita semua idam-idamkan? Tiada kedamaian tanpa keadilan. Tidak akan ada keadilan tanpa Islam.
Impian Palestin, Impian Umat Islam, Impian Kita.. Selamat membaca!
—————————
Penulis: Randa Ghazy
Penterjemah: Nor Hasanuddin
Penerbit: Ar-Risalah Product Sdn Bhd
Tahun: 2007
Halaman: 261
Harga: RM14.90
Genre: Fiksi
Pengantar: Bahasa Malaysia
Rujukan: http://alqassam.multiply.com/reviews/item/12
Tidak ada komentar:
Posting Komentar